Tugasan Projek :
Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)
Memang tidak dapat
dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebook, twitter, hi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh
dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai
tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan
baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.
Tidak hairanlah jika
ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah
mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih
parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman
tersebut.
Berita Minggu (Ahad, 19
September 2010)
Berdasarkan kenyataan di
atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan
kursus EDU3093. Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman
sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya.
Tugasan 2.
Penulisan (30%)
Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat
yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang
selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan,
ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita
tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam
keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan
lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami
emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap
orang.
Hasilkan peta pemikiran i-Think
berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya
sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan
stress dalam kalangan guru.
PanduanPelaksanaanProjek :
1.
Tugasan ini adalah tugasan individu.
2.
Format penulisan tugasan
adalah seperti berikut :
2.1 Mukadepan hendaklah mengikut templat terkini.
2.2. Bentuk
tulisan font arial-saiz 11
2.3. Langkau
1.5 baris (one and half spacing)
2.4. Rujukan
mengikut format APA (American Psychological Association)
3.
Panjang tugasan adalah
antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 mukasurat.
4.
Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan
perkataan.
5.
Tugasan individu dan
kumpulan hendaklah dihantar secara berasingan
6.
Amalan plagiat tidak
dibenarkan sama sekali.
7.
Tugasan ini membawa markah
100% dan wajaran 70%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :
1.
Liputan isi kandungan yang
menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2.
Bukti-bukti dan bahan-bahan
yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
3.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu
menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.
4.
Format dan organisasi
laporan perlu jelas dan koheren.
5.
Penulisan tugasan harus
menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
6.
Rujukan perlulah daripada
pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (
sekurang-kurangnya sumber 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak
yang lain).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan