Bab 4 Tekanan
Emosi dalam Kalangan Guru
4.1 STRES
4.1.1
Konsep Tekanan Stres
Menurut
Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang
dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa
yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
4.1.2
Jenis-Jenis Stres
Mengikut
Cockburn (1996), terdapat 5 jenis stres yang dialami oleh guru. Stres-stres
tersebut ialah:
1.Stres ‘here or now’– situasi yang wujud pada sesuatu masa atau ketika.
Contoh: guru berada dalam situasi peperiksaan.
2.Stres ‘anticipation’– guru akan bertindak balas terhadap sesuatu
peristiwa yang dijangkakan. Contoh: setiap hujung
semeter, sekolah akan mengadakan hari ibu bapa bertemu guru.
3.Stres ‘imaginative’– individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang
ngeri dan menakutkan dalam sesuatu situasi. Contoh:
berfikir didatangi pencuri.
4.Stres ‘reactive’– stres yang wujud daripada peristiwa lampau. Contoh: berasa sedih akibat kematian seseorang.
5.Stres ‘negative’– sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada
hari, minggu atau tahun. Contoh: tidak cukup wang.
4.1.3
Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Stres Dalam Kalangan Guru
Punca-Punca Stres
Pada masa
sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada
mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres.
Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:
Tekanan oleh ibu bapa pelajar.
Beban tugas.
Prospek kenaikan pangkat.
Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.
Keinginan untuk mengajar.
Infrastruktur dan lokasi sekolah.
Tanda-Tanda
Simptom Stres
Stres
boleh dikenal pasti berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan oleh perilaku
seperti:
Masalah ingatan.
Kurang beri tumpuan.
Membuat penilaian tidak tepat.
Sakit sendi, cirit birit atau sembelit.
Sakit kepala, pening.
Makan lebih atau kurang.
Tidur lebih atau kurang.
Suka menyendiri dan sebagainya.
Langkah-Langkah
Menangani Stres
Terdapat
beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada
stres. Antara langkahnya ialah:
Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam
kehidupan peribadi atau profesional (asertif).
Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan
menghadapi stres.
Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau
ahli keluarga yang boleh dipercayai.
Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau
forum.
Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.
4.2
BURNOUT GURU
4.2.1
Konsep Burnout
Istilah teacher
burnout digunakan pertama kali oleh ahli psikologi Freudenberger
(Wood,2000). Bournout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap
orang-orang yang berkerja dengannya (Maslach,1976; Seidman & Zager, 1837,
dlm Aeria, 1995).
4.2.2
Tanda-Tanda Burnout
Setiap hari perasaan bagaikan kelesuan menusuk
jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
Tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang
sia-sia dan tidak bermanfaat.
Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.
Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.
4.2.3 Perbezaan Antara Stres dan Burnout
|
||||||||||||
4.2.4 Punca-punca Burnout Guru
Burnout
boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
a) Gaya hidup
b) Personaliti guru
c) Tekanan kerja
d)
Kurang pengiktirafan atas tugas yang baik
4.2.5 Tanda-tanda dan simptom Burnout
Burnout
merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam suatu tempoh
yang panjang. Tanda-tanda awal dan simptom burnout akan wujud dan
menjadi lebih ketara jika tidak dikesan dengan cepat.
4.2.6 Langkah-langkah Menangani Burnout
Mencegah
adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, adalah lebih baik burnout ini
dicegah dengan segera setelah dikenal pasti. Antara langkah yang boleh
diambil ialah:
a) Latihan atau sesi
pengenduran untuk peserta meregangkan badan.
b) Membuat meditasi
c) Membaca sesuatu yang
memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
d) Bengkel pengurusan masa.
e) Program permentoran untuk
guru novis.
f) Bengkel pengurusan stres
serta aktiviti peningkatan profesional.
g) Latihan pemakanan.
h)
Menambah baik keadaan bekerja.
Secara
kesimpulannya, guru perlu meningkatkan kecerdaan emosi untuk mengelakkan diri
daripada terjebak dengan gelaja burnout dan dalam masa yang sama
mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan