Bab 2: Guru dan Perundangan
2.1
PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB
Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi
Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan
ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis
panduan yang ditetapkan.
Matlamat tatatertib adalah seperti:
Matlamat tatatertib adalah seperti:
Undang-Undang untuk
penjawat awam
Supaya
pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.
Supaya
pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka
sendiri.
Supaya
pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
Menghukum
pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi
peraturan-peraturan seperti berikut:
Peraturan
mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan
khusus.
Tanggungjawab
serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
Prosedur
dan tindakan tatatertib.
Hukuman
tatatertib.
Peruntukan
pelbagai yang berkaitan.
Berhenti dan renungkan. Apakah kepentingan
peraturan-peraturan kepada pegawai awam? Beri pendapat anda.
2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan
dan Tatatertib Secara Umum
Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota
perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D
Perintah Am. Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan P.U (A) 395 Pindaan 2002)
ialah:
Peraturan 4(1)
Sentiasa
memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong,negara dan kerajaan.
Ditegah
bersubahat dengan musuh Negara.
Ditegah
membocorkan rahsia Negara.
Ditegah
memperkecil dasar serta tindakan kerajaan.
Ditegah
berlakon dalam filem yang memburukkan Negara.
Peraturan 4(2)
Tidak
boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi.
Tidak
boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam.
Tidak
boleh menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.
Menjaga
nama baik profesion.
Perlu
cekap dan sentiasa berusaha menyelesaikan tugas.
Jujur,
amanah dan bertanggungjawab.
Tidak
boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dalam menyokong sebarang
tuntutan untuk diri sendiri atau orang lain.
Melaksanakan
apa yang disuruh dan tidak cuai dalam melaksanakan tugas.
2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama
Sekali atau Boleh Dibuat
Dengan Kebenaran
Peraturan 4A (Gangguan Seksual)
Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap
orang lain. Secara umum, gangguan seksual adalah:
Segala
keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau
tergugat.
Tidak
terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.
Termasuk
kepada perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada
atau di hadapan orang.
Tidak
kira sama ada lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual
kepada orang lain.
Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan
pekerjaan luar. Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan
dengan kerja luar. Bagaimanapun dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan.
Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika:
Dalam
waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi
Tidak menjejaskan
kebergunaan sebagai pegawai awam.
Tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.
Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
Bermaksud seorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa
tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. Dalam erti
kata yang lain, guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.
Peraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain
Yang Berkaitan)
Antara peraturan yang ditetapkan:
1.Guru perlu mematuhi etika pakaian.
2.Dilarang menggunakan apa jenis dadah kecuali yang
dipreskripsikan oleh pengamal perubatan.
3.Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada
individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.
4.Guru perlu membuat pengisytiharan harta setiap lima
tahun sekali.
5.Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang
serius dan tidak boleh meminjamkan wang kepada pihak lain dengan mengenakan
faedah atau cagaran lain.
6.Guru di larang membuat pernyataan awam secara lisan
atau bertulis berhubung dengan dasar, rancangan dan keputusan kerajaan.
7.Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan
politik. Perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
atau ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
2.1.3 Tindakan Tatatertib
Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi
peraturan yang termaktub dalam undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan
tindakan tatatertib dikenakan. Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang
daripada dua anggota dan anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat
jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat. Hukuman yang dikenakan
termasuklah:
Amaran (diberi
secara lisan dan bertulis oleh ketua jabatan).
Denda atau lucut
hak emolumen (denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama
banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Denda atau lucut hak
emolumen dipotong daripada emolumen bulanan pegawai dan dimasukkan dalam hasil
kerajaan.
Tangguh
pergerakan gaji (tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).
Turun
Gaji (gaji turun secara mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji, tempoh
hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga puluh enam
bulan).
Turun
pangkat (dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib).
2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan
yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi
Wawasan 2020.
Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:
1.Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju
negara dan penyelamat bangsa.
2. Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi
individu.
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan
pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan
kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta
Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan
yang sedia ada.
Kandungan AKta Pendidikan 1996
Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama
Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini
juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran
1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop
dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah,
pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Dalam masa yang
sama, terdapat 3 jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah sekolah
kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Dalam
pada itu, terdapat 2 kategori sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan iaitu sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukkan program
Pendidikan Khas untuk murid yang memerlukan pendidikan khas dan tempoh
pembelajaran tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan
menengah. Selain itu, dalam akta ini, pengajaran Agama Islam diajar
sekiranya terdapat 5 atau lebih murid yang beragama Islam. Pengajaran agama
selain agama Islam juga dibenarkan tetapi murid harus mendapat persetujuan ibu
bapa secara bertulis.
Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan digunakan sebagai bahasa
pengantar utama dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis
kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang dikecualikan. Jika bahasa
pengantar di sebuah institusi bukan bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan
hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib.
Berhenti dan renungkan. Adakah kelonggaran untuk
sekolah jenis kebangsaan tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar adalah relevan?
2.2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan
(i) Kurikulum Kebangsaan, 1997
Menggariskan
mata pelajaran teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan 6.
Menggariskan
Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO).
Ketua
Pendaftar boleh pinda jadual waktu dan sukatan pelajaran
(ii) Pendidikan Khas, 1997
Untuk
pelajar cacat pendengaran, penglihatan atau masalah pembelajaran.
Guru
boleh ubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Penilaian dan Peperiksaan, 1997
Fungsi Lembaga Peperiksaan:
Pantai,
menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Mengendalikan
semua peperiksaan.
(iv) Majalah Sekolah dan Bahan
Multimedia, 1998
Penubuhan
jawatankuasa penerbitan sekolah dan pengedaran majalah sekolah dan bahan
multimedia.
Kuasa dan
fungsi jawatankuasa.
Kelulusan
guru besar atau pengetua untuk penerbitan dan pengedaran.
(v) Persatuan Sekolah, 1998
Kelulusan
pengetua/guru besar untuk menubuhkan persatuan.
Kategori
persatuan.
Penasihat
persatuan dilantik oleh pengetua/guru besar.
Pengetua/guru
besar dan Pendaftar boleh membatalkan persatuan.
Peraturan-peraturan
pendidikan.
(vi) Penerimaan masuk Murid ke Sekolah
Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah, 1998
Diguna
pakai di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Anak
warganegara dan bukan warganegara.
Penyimpanan
daftar penerimaan murid.
Pertukaran
sekolah dengan kelulusan Pengarah Pendidikan.
2.2.2 Implikasi Akta Pendidikan 1996 Ke
Atas Sistem Pendidikan
Malaysia
FPK
menjadi landasan akta.
Kedudukan
bahasa kebangsaan diperkukuh.
Kurikulum
diselaraskan.
Peperiksaan
yang sama.
Pendidikan
Islam dan prasekolah diperluas.
Mutu
pendidikan prasekolah dipertingkatkan.
Pendidikan
teknik dipertingkatkan ke sekolah menengah.
Pendidikan
guru diperkukuh.
Pendidikan
swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik.
Pendidikan
khas diberi tumpuan.
Mengambil
kira kepentingan pendidikan semua kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan