BAB 3 Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid
3.1 GANGGUAN EMOSI
Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud
perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan
emosi berlaku apabila seseorang:
Mengalami
emosi tertentu seperti depresi.
Tidak
mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
Sukar
berhubung dengan orang lain.
Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi
berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis
perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti acrophobia
(takut kepada ketinggian), agoraphia (takut kepada tempat terbuka), astraphobia
(takut kepada cahaya dan kilat), hydrophobia (takut kepada air), sitophobia
(takut makan), xenophobia (takut kepada orang asing), nytophobia (takut
kepada kegelapan, mysophobia (takut kepada kotor) dan lain-lain.
Gangguan kecemasan mencakupi antara lainnya gangguan panik (panic disorder),
fobia sosial (social phobia) dan gangguan kecemasan umum. Orang yang
fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang
menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengan kecemasan.
3.1.1 Gangguan Emosi Dalam Kalangan
Murid
Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami
gangguan emosi. Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:
Tidak
berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku
mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.
Ada
kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap
mengamuk.
3.1.2 Punca Gangguan Emosi
Antara faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan
emosi ialah masalah-masalah seperti:
Masalah
ketidakfungsian otak.
Pemakanan.
Mempunyai
kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri.
Masalah
keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.
Pengaruh
rakan sebaya dan persekitaran.
3.1.3 Langkah-Langkah Menangani Masalah
Gangguan Emosi Dalam
Kalangan Murid.
Berikut adalah langkah-langkah dalam mengatasi
masalah gangguan emosi murid:
Khidmat
sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
Diberi
bimbingan kerjaya.
Mendapat
kerjasama daripada ibu bapa.
Modifikasi
tingkah laku yang sesuai.
Didedahkan
dengan pengurusan emosi.
Peraturan
bilik darjah yang bersesuaian.
Murid
diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK
3.2.1 Latar Belakang
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah
dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44
pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:
Pengabaian.
Penderaan.
Eksploitasi.
Jaminan
kanak-kanak mendapat haknya.
Secara logiknya, mengapa hal ini perlu?
Tidak ada
perundangan dalam beberapa buah negara.
Menjamin
perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak
lemah berbanding orang dewasa.
Kanak-kanak
tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.
Prinsip-prinsip konvensyen:
1.Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
2.Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
3.Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
4.Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara
aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.
Perlaksanaan Konvensyen:
Perkembangan
ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF
yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan
mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah:
Memperakui
bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan,
warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
Memberikan
penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi
perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
Memperakui
bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran
kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
Mengingati
bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan
perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang
sewajarnya.
Mengiktiraf
bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang
amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
Menekankan
pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan
perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.
Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak
Kanak-Kanak:
1.Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
2.Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada
diskriminasi.
3.Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan
berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best
interest of the child).
Hak Kanak-Kanak:
1.Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).
2.Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan
seksual, eksploitasi dan lain-lain).
3.Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of
living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).
4.Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain,
menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).
3.2.2 Hak Kanak-Kanak Di Malaysia
Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan
menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan
kanak-kanak di negara ini seperti berikut:
i.Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995 .
ii.Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4
Ogos 1995.
iii.Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk
buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.
Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah
dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu:
Akta
Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan
kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran,
pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.
Pengambilan
Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952).
Akta
Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan
pembangunan untuk kanak-kanak.
3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi
Kanak-Kanak
Kerajaan telah berusaha untuk melindungi
kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:
Meningkatkan
penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
Pasukan
Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.
Pasukan
Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan
di hospital-hospital daerah dan negeri.
Akta
Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan