Bab 6 Pengurusan Inovasi dan Perubahan dalam
Pendidikan
6.1
KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
6.1.2 Definisi Perubahan
Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat
utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam
pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan
ialah peralihan atau pertukaran.
6.1.3 Definisi Inovasi
Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam
melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini
diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan
ditemukan. Maka, daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.
6.2 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN
PERUBAHAN PENDIDIKAN
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan
di Malaysia memerlukanpendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan
Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti
rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia,
menjunjung budaya bangsa dan negara.
6.2.1 Strategi
perubahan
I. Strategi Perubahan
-Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan
untuk paksa sasaran berubah.
II.
Strategi Pujukan
-Memerlukan kemahiran interpersonal, logik &
kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
III.
Strategi Pendidikan Semula
-Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen
perubahan & serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
IV.
Strategi Pemudah Cara
-Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
-Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan
(barangan & khidmat teknikal).
6.2.2 Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan
sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana
prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi
sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu
dipertahankan dalam masa yang panjang.
Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
I.Rakyat yang ada jati diri & imej Malaysia
II.Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama
yang glokal
III.Sumber manusia yang berkualiti
IV.Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu,
berakhlak, berkemahiran, berdaya saing & berdaya tahan.
6.2.3
Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan
bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:
1.
Kepimpinan
a) Pemimpin
memimpin (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap
keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
b) Visi yang
jelas dalam pengurusan perubahan.
c) Menumpukan
perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
d) Mengutamakan
elemen kemanusiaan.
2.
Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
a) Pendekatan
Berpusatkan Murid.
b) Kemudahan
Pengajaran dan Pembelajaran.
3.
Landskap Maklumat
a) Pusat
sumber.
b) Peranan guru.
6.2.4 Transformasi Dalam Kurikulum
Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan
memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Ia
memerlukan pengetahuan & pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.
Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi
dalam sistem pendidikan yang ideal & melibatkan semua pihak agar berminat
dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk
hadapi cabaran & perubahan semasa. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi
keperluan semasa.
6.2.5 Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan
yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras
pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai
dengan gaya pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
a)Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan & gaya pembelajaran
sendiri.
b)Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan
& kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
c)Persekitaran sekolah kondusif.
d)Penaksiran berterusan.
e)Guru Besare sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga
pengajar yang profesional & berkaliber.
f)Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari.
6.2.6 Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA)
a)Piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran &
penjawat awam NKRA yang ke-3: Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti
& Berkemampuan.
b)4 sub-NKRA:
i.perluas & mantapkan pendidikan prasekolah
ii.tingkatkan kadar literasi & numerasi
iii.Wujudkan sekolah Berprestasi Tinggi
iv.Iktiraf Pengetua & Guru Besar cemerlang
6.3 ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN
PERUBAHAN
6.3.1 Latihan Perguruan
I. Naik Taraf Maktab Perguruan Ke
Institut Pendidikan Guru
-Sijil Perguruan & Diploma Perguruan kepada
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
-IPG melatih guru pada peringkat ijazah,
menawarkaln latihan perguruan kepada lepasan ijazah dari universiti tempatan
& luar negara (KPLI).
II. Kurikulum Latihan Perguruan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
I.Program PERMATA
II.Pendidikan Prasekolah
|
Kemahiran TMK
Pembudayaan Penggunaan TMK di sekolah:
-Merekodkan Sistem Maklumat Murid
-E-nilam
-Urusan Pernaziran
-Urusan Perkhidmatan semua bahagian &
kementerian
-Urusan akademik
|
Literasi dan Numerasi
Usaha Kerajaan
a.Proses Saringan
b.Modul PdP
c.Latihan Guru
d.Tingkatkan Komitmen Pihak Berkepentingan
e.Pemantauan & Penyeliaan
|
Kemahiran Insaniah (KI)
-kemahiran belajar,
-kemahiran bekerja sebagai satu pasukan
–kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
-kemahian pengurusan emosi
-kemahiran komunikasi
|
Kompetensi Berbahasa Inggeris
-BI sebagai bahasa perantaraan antarabangsa &
bahasa ilmu.
-Kursus BI wajib di IPG/IPTA
-Penguasaan BI bagi membolehkan rakyat berada di
peringkat antarabangsa & bersaing dalam bidang sains & teknologi.
|
Pendekatan Terkini dalam PdP
-Kes Metodologi
-Pengurusan Portfolio
-Pembelajaran Berasaskan Projek
-Pembelajaran Berasaskan Masalah
-Perubahan Bilik Darjah Tradisional kepada Moden
|
6.3.2
Program Pensiswazahan Guru
PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)
|
PENSISWAZAHAN
GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
|
PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB)
|
-untuk
mensiswazahan guru sekolah menengah
-guru
berpeluang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti
-kerjasama
antara IPTA & IPG
|
-untuk
mensiswazahkan guru sekolah rendah
-guna
kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu mod Kursus dalam Cuti
-guru
ikuti pengajian semasa cuti sekolah
|
-dilaksanakan
d Institut Aminuddin Baki
-supaya
Guru Besar sekolah rendah memiliki ijazah
-berkolaborasi
dengan UPSI
-pengajian
3 tahun
|
6.2.3
Kurikulum Transformasi
KOMUNIKASI
|
KEROHANIAN, SIKAP & NILAI
|
KEMANUSIAAN
|
-Penggabung
jalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non veral
dalam BM, BI, bahasa Cina & Tamil
|
-Penghayatan
amaan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
|
-Penguasaan
ilmu & amalan tentang kemasyarakatan dalam sekitar setempat, negara &
global serta penghayatan semangat patriotisme & perpaduan
|
KETRAMPILAN DIRI
|
FIZIKAL & ESTETIKA
|
LITERASI SAINS & TEKNOLOGI
|
-Pemupukan
kepimpinan & sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum & kokurikulum
|
-Perkembangan
jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri, pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat & apresiasi
|
-Penguasaan
pengetahuan sains, kemahiran & sikap saintifik
-Penguasaan
Pengetahuan & kemahiran matematik
-Penguasaan
Pengetahuan & kemahiran berasaskan teknologi
|
6.2.4 Sekolah Berprestasi Tinggi
Konsep
|
Elemen
|
-Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti
tersendiri & unik serta menyerlah dalam semua asp[ek pendidikan,
-Mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang
yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpersonaliti unggul.
|
-Suasana PdP yang kondusif
-Suri Teladan kepada sekolah lain
-Autonomi & akauntabiliti dalam pengurusan
& pencapaian murid
-Tempatkan murid cemerlang yang mampu bersaing
peringkat antarabangsa
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan