Bab 5 Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan
5.1.1 Konsep Inovasi
Ronger E
miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang..
Spencer
(1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang
individu.
5.1.2 Inovasi Dalam Pendidikan
Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari
ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:
a)Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
b)Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka,
menilai dan menggunakan maklumat.
Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan
pemikiran baharu dalam pengajaran. Antaranya ialah:
a)Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.
b)Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif
dalam kumpulan yang pelbagai.
c)Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran
berpasukan.
d)Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu
belajar dan kursus.
e)Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.
f)Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan
kongsi dalam pembelajaran.
g)Penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentuk pelbagai aras,
melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumatif.
Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan
teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh
berlaku dalam pelbagai bentuk:
·Pengenalan teknologi baharu.
·Perubahan dalam sistem penyampaian.
·Perubahan dalam prosedur yang boleh
meningkatkan produktiviti.
5.2 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
YANG INOVATIF
5.2.1 Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP)
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
·Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan
pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri
lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan
produk atau tugasan.
·Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang
ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.
·Projek jangka masa panjang (setahun, merentas
kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah)
·Ciri2 PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan
beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran
koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan
prestasi.
Langkah-langkah melaksanakan PBP
·Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek
dan cipta suatu cara baharu)
·Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti
masalah)
·Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama
setelah mengumpul maklumat.
·Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula,
bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan
baru yang serupa)
·Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang
proses pembelajaran dan perbincangan
Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan
PBP
·membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran
mereka.
·belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
·menggunakan alat pengukuran informal untuk
menaksir pembelajaran pelajar
·mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan
pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.
5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBM)
Objektif PBM
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif
pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
·Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari
sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai
situasi.
·Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah
dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
·Memperkembangkan kemahiran pelajar
mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang
baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
·Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran
sepanjang hayat.
·Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil,
keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara
kolaboratif (Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)
Ciri-ciri PBM
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh
Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004)
yang mempunyai ciri-ciri seperti:
·Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak
mempunyai jawapan yang betul atau salah
·Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani
masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai
penyelesaian
·Pelajar memperolehi informasi baru melalui
pembelajaran kendiri
· Pensyarah sebagai pembimbing,
·Masalah akan memandu ke arah perkembangan
keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.
Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM)
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah
dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
·Pembahagian
Kumpulan- Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan
pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan
pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
·Mengenalpasti
Masalah- Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar
perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah
tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah
melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga
dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan
surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang
berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan
dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
·Menjana
Idea- Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat
membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
·Isu
Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari
isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui
apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan.
·Pembelajaran
Kendiri- Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan
informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.
·Sintesis
dan Aplikasi- Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya
terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan
pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang,
membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang
diambil.
·Refleksi
dan Tindak Balas- Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak
balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan,
penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan
akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah.
Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang
bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application”
mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar
tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna
dan cekap.
Proses Menyelesaikan Masalah
Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh
diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
·Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak
diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya
·Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari
perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian
·Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang
dirancang dengan teliti, langkah demi langkah
·Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan
kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad
Othman, et al, 2003)
Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah
satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang
kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul
Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat
lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
·Mengenalpasti
Masalah- Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan.
Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan
masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar
perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti
sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar,
relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar
perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid
(2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur
masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah
yang tepat.
·Menganalisis
Masalah dan Mengumpulkan data- Pelajar perlu mengumpul data dan membuat
penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah
tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan
lain-lain. Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan
pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini
adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan
Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan
sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya
sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah
dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah,
pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah,
perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid,
2003).
·Membuat
Keputusan- Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan
pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik.
Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong
penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan
pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd
Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari
penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini
mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan
salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea
terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka
di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah
ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
·Mengenalpasti
Penyelesaian yang Terbaik- Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi
menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian
(Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang
bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana,
faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian.
Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan
yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai
kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu,
pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh
mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih
merupakan alternatif yang terbaik.
·Melaksanakan
Keputusan- Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat
peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas
penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik
yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi
mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka
dapat dijana atau tidak.
Kelebihan PBM
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama
PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori
konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya
dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya
menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus
belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula
membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran
pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).
5.2.3 Pembelajaran Elektronik (e-learning)
Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada
pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet, CD Rom,
televisyen interaktif atau siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau
pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan pengalaman dan
penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru.
Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik
·mengikut kadar kendiri pelajar
·boleh dicapai oleh ramai pelajar
·boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
·memenuhi pelbagai gaya pembelajaran
5.2.4 Pembelajaran Berasaskan Laman
Sesawang
·Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang
menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain
dalam penyampaian P&P.
·Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam
pembelajaran (pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet,
video, pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.
5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran
·Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti
slaid, audio dan tayangan video
·Penggunaan sumber internet dalam pengajaran
·Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal
mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima
·Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam
senarai bacaan seperti perpustakaan maya
·Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
·Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan
undian dalam bilik darjah.
Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual
Learning)
·Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau
secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada
peringkat kolej@universiti
·Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh
institusi yang menyediakan portal pembelajaran
·Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam
portal pembelajaran.
·Pelajar perlu berdaftar.
·Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan
papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
·Perkembangan pesat internet boleh membawa
perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial
untuk tujuan pembelajaran.
5.3.1 Reka Bentuk Resos
·Teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran
dan pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas.
·Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu
bersemuka melalui teknologi berinovatif ini.
·Perkembangan resos pembelajaran berasaskan
teknologi ICT:
·e-buku- Ialah buku dalam bentuk elektronik,
memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai
ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting
dan bahagian mengambil nota.
·e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik,
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan
fungsi-fungsi elektronik seperti e-buku, mudah dicapai melalui internet untuk
dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan
menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus
kepada aspek-aspek penting.
·e-portfolio- Satu alat interaktif dinamik
yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan
interkasi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain, sejauh mana
perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio, hal ini memudahkan guru
memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan.
·blog dan forum- Memberi peluang kepada
pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam
talian, membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan, melalui blog
dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan
diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.
Senarai teknologi boleh digunakan:
·Personal digital assistants (PDA)
·MP3
·CD-ROM
·Web 2.0 tools Laman sesawang/web
5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN
5.4.1 Persekitaran Pembelajaran Personal
(PLE)
Pelajar hari ini dikenali generasi internet.
Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pendidikan seluruh dunia. PLE ini
terbahagi kepada 2 iaitu: Persekitaran pembelajaran personal (PLE) dan
Persekitaran bilik darjah maya (vitual classroom).
PLE
·PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
·Pembelajaran berlaku secara online dalam
pelbagai bentuk pilihan pelajar.
·Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
·Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai
media dan perisian contoh perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype
·Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media
dan perisian sosial
·Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju
pembelajarannya
·Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat
·PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
·Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai
bentuk pilihan pelajar.
·Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
5.5 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat
dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang
merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu.
1.
aktiviti menghurai,
2.
mengumpul,
3.
merekod,
4.
memberi skor dan,
5. menginterpretasi
Penilaian formatif : Penilaian dijalankan secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang
diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil
pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan
serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian sumatif : Penilaian sumatif dikaitkan
dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan
nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.
Tujuan Penaksiran
Proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
1.Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
2.Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
3.Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
4.Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
5.Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
6.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian
·Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan
nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran.
·sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi
membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
·merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Tujuan
Penilaian
·Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap
potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
·Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik
serta kaedah pengajaran mereka.
·Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat
berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
·Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam
sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.
Jenis Penaksiran
• Penaksiran pembelajaran
• Penaksiran prestasi
• Penaksiran berasaskan portfolio
• Penaksiran kendiri
• Penaksiran berasaskan komputer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan