Jumaat, 11 September 2015

Artikel Tuan Haji Darus bin Awang. AAP.,AMP

GURU DULU-DULU, GURU HARI INI
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Zaman saya sekolah dulu-dulu, tiada seorang pun guru yang berkelulusan universiti, tetapi anak murid hampir kesemua "menjadi". Hari ini mereka menjadi orang berjaya dan berkerjaya hebat.
Arwah emak mertua dan bapa mertua memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1955 dengan gaji RM45.00 sahaja. Anak-anak murid yang dididiknya "menjadi" dan kesembilan anak-anaknya juga "menjadi".
Hari ini jika di sekolah menengah sudah tiada lagi guru yang tidak berkelulusan universiti. Malah ada yang memiliki Master dan Phd lagi. Namun jika melihat kepada anak muridnya tidak berapa "menjadi".
Di mana salahnya. Guru, murid atau sistem pendidikan hari ini. Ada pepatah petitih lama: "Jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Saya tambah lagi: "Jika guru kencing tepi lori, anak murid kencing atas keretapi".
Hari ini kelulusan universiti sudah tiada jaminan untuk "kemenjadian" murid yang kita didik. Paling penting ialah roh guru perlu ada di dalam setiap diri seorang yang bergelar guru.
Dengan adanya roh guru, kita mendidik murid seperti anak kita. Kita mahukan mereka berjaya seperti anak-anak kita. Dengan hati tulus ikhlas ketika proses mendidik mereka, Allah SWT akan memberikan pusingan itu kepada kejayaan anak-anak kita pula.
Orang dulu-dulu tiada berkelulusan tinggi, namun mereka memiliki roh guru di dalam diri. Mereka benar-benar mahu menjadi guru bukan mahukan bekerja sebagi guru kerana tiada kerja lain yang diperolehi.
Sebab itu apa sahaja sentuhan guru dulu-dulu, anak murid pasti "menjadi". Dulu-dulu tiada kelas tambahan "gila-gila" seperti hari ini hingga merobotkan kanak-kanak dan merampas zaman kanak-kanak mereka.
Mengajar hanya dengan kaedah "chalk and talk" sahaja. Kapur dan papan hitam. Tiada alat bantu mengajar (ABM) yang lain. Apa lagi komputer atau teknologi IT. Guru masuk kelas berbekal Buku Rekod Mengajar dan kapur sahaja.
Sistem pendidikan hari ini yang meletakkan terlalu banyak beban tugas kepada guru menyebabkan fokus kepada murid berkurangan. Banyak kerja ala-ala pengkeranian dan tugasan lain yang perlu diurus oleh guru.
Itu belum dicampur banyak perkara untuk diisi secara "on line" yang dihambat dengan kekangan masa. Begitu juga dengan pembinaan sistem "on line" separuh masak dan gangguan yang lain lagi.
Jika kita mahu melihat kemenjadian murid, kita kena kembali kepada sistem pendidikan dulu-dulu. Simple tetapi berkesan serta menjadi. Guru mengajar dan murid belajar ketika proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Itu sahaja.

Jumaat, 27 Mac 2015

PETA MINDA i-THINK PUNCA STRESS







Rajah : Petikan akhbar "Bukti Stres Guru Kian Ketara"

Rajah : Cara Pengurusan Stres dan Emosi Golongan Guru



Rajah : Punca Guru Stres



Khamis, 26 Mac 2015

FAKTOR DAN CARA MENANGANI STRESS DALAM KALANGAN GURU



FAKTOR DAN CARA MENANGANI STRES DALAM KALANGAN GURU
1.0 PENGENALAN
Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara.

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN



Bab 6  Pengurusan Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan
6.1 KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.1.2 Definisi Perubahan

Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah peralihan atau pertukaran.

BAB 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN



Bab 5 Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan
5.1 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU



Bab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
4.1 STRES
4.1.1 Konsep Tekanan Stres

Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DI KALANGAN MURID



BAB 3 Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid
3.1 GANGGUAN EMOSI

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
Sukar berhubung dengan orang lain.
Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN



Bab 2: Guru dan Perundangan
2.1 PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB
Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan.

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA



Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa
1.1    ISU DAN CABARAN SEMASA
1.1.1 Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan

Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Rabu, 25 Mac 2015

ARTIKEL AKHBAR : GURU DAN CABARAN SEMASA



ARKIB UTUSAN MALAYSIA ONLINE : 14/05/2014
Guru dan cabaran semasa
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itu­lah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.

SOALAN TUGASAN EDU 3093 - GURU DAN CABARAN SEMASA





Tugasan Projek :

Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)

Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebooktwitterhi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan  seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.

Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus EDU3093.  Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya. 

AHLAN WA SAHLAN DAN SALAM PERKENALAN



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Bismillah_ir Rahmani_ir Rahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Perkenalan kepada pengunjung blog GURU DAN CABARAN SEMASA - EDU3093. Blog ini dibangunkan bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan Profesion Perguruan dan Cabaran Semasa yang sering di hadapi oleh warga pendidik... Di samping itu juga, blog ini dibangunkan sebagai memenuhi syarat Tugasan Projek (Kerja Kursus) untuk EDU 3093 - Guru Dan Cabaran Semasa bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 8 Ambilan Jun 2011 di bawah penyeliaan Encik Abd Jamil bin Sabdin, Penyelaras Kursus EDU 3093, Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang.