Jumaat, 11 September 2015

Artikel Tuan Haji Darus bin Awang. AAP.,AMP

GURU DULU-DULU, GURU HARI INI
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Zaman saya sekolah dulu-dulu, tiada seorang pun guru yang berkelulusan universiti, tetapi anak murid hampir kesemua "menjadi". Hari ini mereka menjadi orang berjaya dan berkerjaya hebat.
Arwah emak mertua dan bapa mertua memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1955 dengan gaji RM45.00 sahaja. Anak-anak murid yang dididiknya "menjadi" dan kesembilan anak-anaknya juga "menjadi".
Hari ini jika di sekolah menengah sudah tiada lagi guru yang tidak berkelulusan universiti. Malah ada yang memiliki Master dan Phd lagi. Namun jika melihat kepada anak muridnya tidak berapa "menjadi".
Di mana salahnya. Guru, murid atau sistem pendidikan hari ini. Ada pepatah petitih lama: "Jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Saya tambah lagi: "Jika guru kencing tepi lori, anak murid kencing atas keretapi".
Hari ini kelulusan universiti sudah tiada jaminan untuk "kemenjadian" murid yang kita didik. Paling penting ialah roh guru perlu ada di dalam setiap diri seorang yang bergelar guru.
Dengan adanya roh guru, kita mendidik murid seperti anak kita. Kita mahukan mereka berjaya seperti anak-anak kita. Dengan hati tulus ikhlas ketika proses mendidik mereka, Allah SWT akan memberikan pusingan itu kepada kejayaan anak-anak kita pula.
Orang dulu-dulu tiada berkelulusan tinggi, namun mereka memiliki roh guru di dalam diri. Mereka benar-benar mahu menjadi guru bukan mahukan bekerja sebagi guru kerana tiada kerja lain yang diperolehi.
Sebab itu apa sahaja sentuhan guru dulu-dulu, anak murid pasti "menjadi". Dulu-dulu tiada kelas tambahan "gila-gila" seperti hari ini hingga merobotkan kanak-kanak dan merampas zaman kanak-kanak mereka.
Mengajar hanya dengan kaedah "chalk and talk" sahaja. Kapur dan papan hitam. Tiada alat bantu mengajar (ABM) yang lain. Apa lagi komputer atau teknologi IT. Guru masuk kelas berbekal Buku Rekod Mengajar dan kapur sahaja.
Sistem pendidikan hari ini yang meletakkan terlalu banyak beban tugas kepada guru menyebabkan fokus kepada murid berkurangan. Banyak kerja ala-ala pengkeranian dan tugasan lain yang perlu diurus oleh guru.
Itu belum dicampur banyak perkara untuk diisi secara "on line" yang dihambat dengan kekangan masa. Begitu juga dengan pembinaan sistem "on line" separuh masak dan gangguan yang lain lagi.
Jika kita mahu melihat kemenjadian murid, kita kena kembali kepada sistem pendidikan dulu-dulu. Simple tetapi berkesan serta menjadi. Guru mengajar dan murid belajar ketika proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Itu sahaja.

Jumaat, 27 Mac 2015

PETA MINDA i-THINK PUNCA STRESS







Rajah : Petikan akhbar "Bukti Stres Guru Kian Ketara"

Rajah : Cara Pengurusan Stres dan Emosi Golongan Guru



Rajah : Punca Guru Stres



Khamis, 26 Mac 2015

FAKTOR DAN CARA MENANGANI STRESS DALAM KALANGAN GURU



FAKTOR DAN CARA MENANGANI STRES DALAM KALANGAN GURU
1.0 PENGENALAN
Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara.